Projek tagal/bombon (atau larangan menangkap ikan) di sungai Apin-Apin telah dikuatkuasakan tahun ini. Ketika ini, jika anda ke Kg.Nuntunan, anda akan melihat banyak ikan di dalam sungai yg mudah datang apabila diberi makanan spt baja ikan atau roti.Projek ini merupakan 1 projek yg begitu baik kerana ia memberi peluang kpd ikan utk membiak pulih dan akan bertambah banyak. Penangkapan ikan yg keterlaluan boleh mengancam kewujudan ikan2 ini terutama ikan jenis 'pelian/botiati/sada2' yg sebenarnya ikan jenis 'kelah'.
Pihak JKKK Kg.Nuntunan dlm mesyuarat tempoh hari (7jun2009) telah menubuhkan 1 jawatankuasa 'tagal' yg berperanan merancang aktiviti 'penagalan', memantau serta menguatkuasakan peraturan tagal. Buat masa ini, 1 denda yg disebut2 adalah denda rm500 (lima ratus ringgit Malaysia) jika didapati bersalah menangkap ikan di zon larangan.
Sungai di Kg.Nuntunan di bahagi2kan kpd 2 zon iaitu zon merah & zon hijau (dari jambatan simen di kampung hingga ke Pinilos). Zon merah bermakna bhg sungai yg dijadikan kawasan pembiakan ikan & tdk dibenarkan sama sekali menangkap ikan walau dengan apa cara sekalipun. Zon hijau pula adalah kawasan yg hasil ikannya boleh di'tuai' (harvest) pd masa2 yg ditetapkan (akan ditentukan nanti), bgmanapun hanya utk penduduk2 Kg.Nuntunan shj.
Diharap dgn projek 'besar' ini akan menjadikan Kg.Nuntunan 1 tempat yg menarik & boleh menjana pendapatan serta meningkatkan pemikiran org2 kampung di samping meningkatkan penjagaan alam sekitar.


No comments:
Post a Comment