Tuesday, July 14, 2009

Gambar Lama

Anda mempunyai gambar lama? Gambar yg anda ingin kongsikan dgn penduduk2 kg.Nuntunan? Sila ke forum utk melihat & berkongsi gambar2 lama. Gambar2 ini sdh pasti akan sangat berharga secara sentimental pd masa2 akan dtg terutama kpd generasi baru. Kita boleh jadikan ruangangambar tersebu sbg album kg. Jd, silalah kongsikan gambar2 lama yg ada dlm simpanan anda. Pihak forum/blog mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas perkongsian anda.

Cadangan T-Shirt Kg.Nuntunan



Gambar berikut adalah cadangan baju t-shirt utk kampung. Tdk semestinya warna biru, apa2 warna pun boleh. Bahagian depan ada logo manakala bhg belakang tertulis alamat forum Kg.Nuntunan. Setakat ini ia cuma cadangan shj ttp pasti akan terlaksana pd masa2 akan dtg. Jika anda mempunyai apa2 cadangan, sila ke forum utk perbincangan lebih lanjut ttg cadangan baju ini.

Friday, July 10, 2009

Logo Kg.Nuntunan


Selepas beberapa pengubahsuaian... dan hasil perbincangan beberapa org2 kuat forum Kg.Nuntunan, maka di'persembahkan' logo Kg.Nuntunan...

Hijau -melambangkan kg yg kaya dgn tumbuhan

sungai -kg yg berhampiran dgn sungai

matahari -melambangkan harapan kita agar kg disinari/diberkati Tuhan

Sunday, July 5, 2009

Tongkungon... betulkah menakutkan?


Tongkungon, kamu tau di mana? Dari dulu sampai sekarang, banyak betul cerita2 kita dengar mengenai tongkungon yg menyeramkan... terutama ketika jalan melaluinya diwaktu malam. Saya kecil2 dulu pun rasa 'lain' sikit bila lalu sana. Mgkin kerana tempatnya yg suram sikit, tersorok & tiada rumah berdekatan. Di bahagian atas, ada kebun getah... sebelah bawah ada sawah... maju sikit, dulu ada pokok galaktasu (betulkah sebutan ini?), sebelum tongkungon ada sungai... mcm 'strategik' betul kedudukan tongkungon ini sbg satu tempat yg 'ada sesuatu'... hehehe...

Saya percaya ramai penduduk kg yg mempunyai pengalaman atau cerita sana tongkungon. Mungkin ada cerita betul, mungkin juga ada cerita dibuat2 sb rasa glamour kalau nama disebut2 oleh org kampung, "si anu kana kasi takut sana tongkungon samalam...", "si anu nampak ... sana tongkungon..." Cerita sebenar tiada siapa yg tau kecuali org yg membuat cerita. Saya sendiri, setelah beratus kali, mungkin beribu kali jalan kaki di sana waktu malam (paham2lah kenapa, hehe...), tdk pernah nampak atau mengalami sesuatu yg menakutkan... tp tangan kiri kanan menggenggam batu jugalah, hehehe...

Wednesday, July 1, 2009

Mandi 'tarigison'


Ingat lagi mandi tarigison ketika kecil2 dulu? Lepas sj sekolah, jalan raya besar tp di sini juga laluan yg dipilih utk pulang. Lepas tu mandi berjam2 sampai kabur mata, hehe...

Amalan ini (mandi tarigison) tdk lagi kelihatan diamalkan oleh generasi muda sekarang ini, mungkin kerana perubahan minat atau perubahan yg disebabkan pengaruh kemodenan. Kanak2 sekarang ini telah ketinggalan sesuatu pengalaman yg begitu menyeronokkan yg telah dilalui oleh generasi2 senior. Pengalaman ini tdk dinafikan telah memberi banyak pengalaman berguna, kehidupan berdikari dan sosial yg sangat2 berguna di kehidupan dewasa sekarang ini. Walaupun ketika itu kehidupan adalah serba-serbi kekurangan, hidup tetap menyeronokkan.

Arus kemodenan dunia telah banyak mempengaruhi minda generasi baru sekarang ini. Pd sesiapa yg kurang teguh pendiriannya, maka banyaklah unsur2 kurang baik yg meresap dlm minda. Keadaan ini banyak dilihat dlm kehidupan kita sekarang ini. Apapun, semoga segala apa yg diimpikan akan tercapai & menjadi kenyataan.