Tuesday, June 30, 2009

Hujan Semula

Akhirnya setelah beberapa minggu menanti, dgn perasaan sedikit risau + panik, hujan telah turun semula menyejukkan bumi & memberi peluang kehidupan kpd tumbuh2an... sungai yg airnya kecil pun turut 'hidup' semula...

Ya, harap hujan spt ini akan sekali-sekala berlaku walaupun sebelum ini diramalkan fenomena el-nino akan berlanjutan sehingga September. Sdh tentu kita tdk mahu kemarau panjang atau hujan yg tiada hentinya. Kita mau cuaca yg cerah, dan sekali-sekala hujan, mungkin sekali seminggu... Sebab jika kemarau panjang, terasa panas & kering... kena2 lg ada manusia yg begitu 'baik hati' membakar hutan sehingga membahayakan rumah atau kebun2... Kalau hujan berpanjangan pula, banyak perkara/aktiviti tdk dpt dijalankan... ke sawah, menoreh getah, menjemur padi, jemur kain... semua tdk dpt dijalankan. Pergerakan juga begitu terhad. Jalan2 juga becak.

Bgmanapun, semua itu ketentuan Tuhan... hanya Dia yg maha mengetahui... biarlah terjadi segala sesuatu menurut kehendakNya, amen...

Wednesday, June 24, 2009

Magasak Ikan




Petang tadi saya lalu di sungai, saya nampak beberapa orang sdg 'magasak' ikan (menangkap ikan dgn menutup laluan air supaya air kering & mudah utk menangkap ikan). Saya teringat suatu ketika dulu, aktiviti magasak ini adalah aktiviti yg kerap dilakukan oleh org2 kampung... terasa rindu pula suasana tersebut.

Rupa2nya diurang si Rioh, Oboi dgn konco2nya... hehehe... bila saya bercerita dgn mereka, rupanya mereka telah bermula mengeringkan laluan air tersebut dr pagi lagi... yg lucunya, saya nampak air masih bebas mengalir masuk, hehehe... biasalah orang muda yg magasak... Si Rioh bilang terkupas sdh tapak tangan dia mengorek pasir. Hasil tangkapan pula sikit sj, kecil2 lagi tu... tp mungkin juga alasan dia supaya saya tdk minta, hehehe...

Kawasan ini memang bukan kawasan tagal zon merah. Penduduk kampung boleh menangkap ikan di sini, bgmanapun pd waktu siang & hanya org2 kg.Nuntunan shj. Kawasan ini dibenarkan dgn tujuan menyediakan tempat di mana budak2 kampung boleh 'berlatih' menangkap ikan dan juga tempat melepaskan gian menangkap ikan.

Cerita lebih lanjut & gambar lebih besar di forum Kg.Nuntunan.

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Memanah Ikan

Kecil2 dulu, aktiviti memanah ikan merupakan 1 aktiviti yg sungguh seronok. Tdk hairanlah aktiviti tersebut berterusan ke generasi2 baru. Gambar menunjukkan beberapa org sdg memanah ikan di sebelah bawah jambatan dupis. Tdk tau adakah ikan mereka dpt tu memandangkan musim kemarau sekarang. Kalau adapun, mgkin kecil2 sj. Sebelah atas jambatan memang ada banyak ikan tp apa boleh buat, ia kawasan larangan menangkap ikan (tagal). Kalau selepas banjir memang ada ikanlah, terkumpul semua polian2 di bawah jambatan. Sebagai cerita, seminggu yg lalu, di sebelah atas orang yg memanah ini, di atas jambatan, saya ada melanggar seekor ular besar ketika balik dari hospital kira2 pukul 3.00 pagi. Panjangnya yg saya nampak, lebih separuh drpd lebar jalan raya tp ekornya masih di sebelah tepi jambatan. Mungkin lebih panjang lagilah... Bila saya cepat2 pusing balik, ular itu sdh tiada, entah2 turun balik masuk lubang bawah jambatan. So, hati2lah siapa2 yg pergi memanah ikan tu, takut2 disangkakan 'badus', maka2 kepala ular sawa lopung, hehehe... ini cerita betul ni...

Thursday, June 18, 2009

Forum Kg. Nuntunan

Tahukah kamu yg selain drpd blog ini, kita juga mempunyai website lain iaitu Forum Kg.Nuntunan? Bermakna kampung kita mempunyai 2 media perhubungan secara internet iaitu blog & forum. Isi2 atau bahan2 di dlmnya adalah sama, cuma di forum kg. Nuntunan, kita boleh berbincang, memberi komen & pendpt dgn lebih luas, selesa & interaktif. Jadi, selalu2lah mengunjungi Forum Kg.Nuntunan utk perbincangan yg lebih luas & interaktif. Linknya anda boleh nampak di bahagian atas sebelah kanan blog ini. Beritahu org2 kampung, saudara-mara di mana2, kawan2 & promosikan blog & forum kampung kita. Harap kita semua akan mendpt kebaikan drpd media perhubungan & perkongsian ini. Selamat berforum.

Pembaikan Jalan



Pihak penduduk Kg.Nuntunan terutama sekali yg menggunakan jalanraya ke Kg.Mararagang, Soborong & 'Rijop' (ketiga-tiga adalah kawasan Kg.Nuntunan bhg atas) begitu bersyukur & berterimakasih kpd pihak yg terlibat atas pembaikan jalanraya yg sebelum ini dlm keadaan 'teruk' dan rosak. Sebelum ini, ia begitu 'tdk selesa' utk dilalui terutama utk kereta2 kecil kerana permukaan jalan yg tdk rata serta berlubang2. Walaupun tdklah begitu baik spt dibubuh tar (aspal), sekurang2nya pengguna jalanraya terasa selesa sedikit ketika melaluinya. Sekali lg diucapkan berbanyak2 terimakasih kpd yg terlibat. Sama ada ianya atas usaha/kerja individu atau pihak kerajaan/JKR, terima kasih banyak2.

Sungai semakin kecil kerana kemarau


Umum maklum yg negeri kita mengalamai fenomena el-nino (musim kemarau) sekarang ini & ia dijangka berlarutan sehingga hujung Ogos atau awal September tahun ini. Setiap hari terasa panas. Drpd gambar, jelas menunjukkan sungai Apin-Apin semakin kecil/cetek. Ditambah lagi sebahagian airnya disalirkan ke seluruh kawasan sawah di Apin-Apin.

Penduduk Kg.Nuntunan agak bernasib baik kerana tinggal berhampiran sungai di mana keadaan panas mungkin tidak berapa dirasakan. Mudah utk mandi-manda & berendam di sungai ketika terasa panas. Kita berharap agar musim panas ini tdk berpanjangan... atau jika kemaraupun, diharap sekali-sekala akan hujan juga utk menyejukkan bumi & juga utk menyuburkan tanaman.

Friday, June 12, 2009

Banjir


Setiap kali sungai Apin-Apin banjir, akan memberikan masalah kpd ramai orang, tdk terkecuali penduduk2 Kg. Nuntunan. Bila berlaku banjir, kenderaan tdk dpt menyeberang sungai, maka terpaksalah menggunakan jambatan gantung utk ke seberang. Pd yg bekerja di bandar, walaupun mempunyai kenderaan sendiri, terpaksalah menumpang kenderaan lain.

Bgmanapun, setelah rosak (pecah) pd bulan Julai 2008 lalu dan diperbaiki, amat sukar & merbahaya utk menyeberangnya kerana permukaan jambatan simen yg terlalu licin. Apatah lg ketika banjir, walaupun banjir kecil shj, amat berbahaya juga utk kenderaan menyeberangnya kerana licin. Majoriti penduduk kampung Nuntunan menyatakan rasa kecewa atas 'pembikinan' jambatan yg mempunyai permukaan licin itu.

Thursday, June 11, 2009

Peristiwa Jambatan Rosak



Pada bulan Julai tahun lalu 2008, jambatan simen Kg.Nuntunan telah rosak akibat banjir. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran kpd penduduk2 kg yg menggunakan jambatan tersebut setiap hari. Kesukaran ini dilalui oleh penduduk kg selama beberapa bulan sebelum ia diperbaiki. Nasib baik ada jambatan gantung di bahagian hilir sedikit sungai yg boleh digunakan utk menyeberang sungai.

Wednesday, June 10, 2009

Tagal Sungai Apin-Apin

Projek tagal/bombon (atau larangan menangkap ikan) di sungai Apin-Apin telah dikuatkuasakan tahun ini. Ketika ini, jika anda ke Kg.Nuntunan, anda akan melihat banyak ikan di dalam sungai yg mudah datang apabila diberi makanan spt baja ikan atau roti.

Projek ini merupakan 1 projek yg begitu baik kerana ia memberi peluang kpd ikan utk membiak pulih dan akan bertambah banyak. Penangkapan ikan yg keterlaluan boleh mengancam kewujudan ikan2 ini terutama ikan jenis 'pelian/botiati/sada2' yg sebenarnya ikan jenis 'kelah'.

Pihak JKKK Kg.Nuntunan dlm mesyuarat tempoh hari (7jun2009) telah menubuhkan 1 jawatankuasa 'tagal' yg berperanan merancang aktiviti 'penagalan', memantau serta menguatkuasakan peraturan tagal. Buat masa ini, 1 denda yg disebut2 adalah denda rm500 (lima ratus ringgit Malaysia) jika didapati bersalah menangkap ikan di zon larangan.

Sungai di Kg.Nuntunan di bahagi2kan kpd 2 zon iaitu zon merah & zon hijau (dari jambatan simen di kampung hingga ke Pinilos). Zon merah bermakna bhg sungai yg dijadikan kawasan pembiakan ikan & tdk dibenarkan sama sekali menangkap ikan walau dengan apa cara sekalipun. Zon hijau pula adalah kawasan yg hasil ikannya boleh di'tuai' (harvest) pd masa2 yg ditetapkan (akan ditentukan nanti), bgmanapun hanya utk penduduk2 Kg.Nuntunan shj.

Diharap dgn projek 'besar' ini akan menjadikan Kg.Nuntunan 1 tempat yg menarik & boleh menjana pendapatan serta meningkatkan pemikiran org2 kampung di samping meningkatkan penjagaan alam sekitar.

Perayaan Pesta Kaamatan Kg.Nuntunan


Kg.Nuntunan telah merayakan Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) pd 30 Mei 2009 lalu. Sungguh meriah... yg seronoknya, perayaan ini diadakan dgn hasil kutipan duit penduduk2 kg tanpa sebarang bantuan kewangan drpd YB atau kerajaan. Tidak silap saya, setiap rumah menderma rm10, 1 tapai dan membawa makanan sendiri (pot luck) utk dikongsi bersama. Demikianlah semangat kerjasama antara penduduk2 kampung. Semangat spt inilah yg harus disemai pd setiap penduduk.

Acara2 menarik termasuklah tarian, pertandingan menyanyi (sugandoi), cabutan tiket bertuah (hadiah hamper lebih kurang 30 yg disumbangkan oleh beberapa org penduduk kampung) dan acara kemuncak adalah Pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau) spt dlm gambar.

Tahniah diucapkan kpd barisan AJK yg telah dpt menjayakan perayaan ini dgn jayanya.

Monday, June 8, 2009

Mandi sungai


Seronoknya kanak2 bermandi-manda di sugai Apin-Apin yg bersih, jernih, berbatu2 dan sejuk... satu kelebihan yg ada di kampung Nuntunan...

Selamat datang...

Hai... salam sejahtera & salam damai...

Selamat datang ke laman web/blog Kg.Nuntunan...
Blog ini dihasilkan dengan tujuan untuk memperkenalkan Kg. Nuntunan kepada 'dunia'... selain drpd menjadikannya sbg satu titik permulaan kampung kami dalam mencapai impian & aspirasi semua penduduk kampung.

Saya percaya dan yakin, blog ini akan menjadi kebanggaan kepada kami/kita semua. Diharap juga agar blog/laman web ini akan dpt memberi informasi tentang kampung kami... dan sudah tentu pihak kami akan berusaha untuk terus mengemas kini blog ini sesuai dengan keperluan serta seiring dgn kepesatan & kemajuan negara.

Sebarang komen yg membina amat dialu-alukan. Demikian juga jika anda mempunyai sebarang cadangan, jgn ragu utk memberitahu kami.

Terima kasih
Webmaster