Wednesday, July 1, 2009

Mandi 'tarigison'


Ingat lagi mandi tarigison ketika kecil2 dulu? Lepas sj sekolah, jalan raya besar tp di sini juga laluan yg dipilih utk pulang. Lepas tu mandi berjam2 sampai kabur mata, hehe...

Amalan ini (mandi tarigison) tdk lagi kelihatan diamalkan oleh generasi muda sekarang ini, mungkin kerana perubahan minat atau perubahan yg disebabkan pengaruh kemodenan. Kanak2 sekarang ini telah ketinggalan sesuatu pengalaman yg begitu menyeronokkan yg telah dilalui oleh generasi2 senior. Pengalaman ini tdk dinafikan telah memberi banyak pengalaman berguna, kehidupan berdikari dan sosial yg sangat2 berguna di kehidupan dewasa sekarang ini. Walaupun ketika itu kehidupan adalah serba-serbi kekurangan, hidup tetap menyeronokkan.

Arus kemodenan dunia telah banyak mempengaruhi minda generasi baru sekarang ini. Pd sesiapa yg kurang teguh pendiriannya, maka banyaklah unsur2 kurang baik yg meresap dlm minda. Keadaan ini banyak dilihat dlm kehidupan kita sekarang ini. Apapun, semoga segala apa yg diimpikan akan tercapai & menjadi kenyataan.

1 comment:

  1. sa ingat lagi smua kenangan2 masa sa kecik2 mandi sana o. punya siok. sa ma abang kakak sa mandi tia kira masa ni. pagi2 lagi sana suda kami terjun2. panas ka hujan ka, kami mandi ja. peduli la org yg limpas2 p tabasan. mungkin kami macam tu sebab masa cuti sekolah ja buli balik kampung dan mandi sana. d tempat tinggal kami, dekat ja sungai ma rumah tapi buli kena kira pakai jari ni berapa kali kami p mandi sana. ntah napa. tia siok kali.

    ish, memang betul o. jarang da budak2 sekarang mandi sana. dorang lagi suka mengadap komputer main online game berjam2. mungkin itu la perubahan kan. kalau dulu budak2 main getah, sekarang main counter strike. hmmm...

    ReplyDelete