Tuesday, June 30, 2009

Hujan Semula

Akhirnya setelah beberapa minggu menanti, dgn perasaan sedikit risau + panik, hujan telah turun semula menyejukkan bumi & memberi peluang kehidupan kpd tumbuh2an... sungai yg airnya kecil pun turut 'hidup' semula...

Ya, harap hujan spt ini akan sekali-sekala berlaku walaupun sebelum ini diramalkan fenomena el-nino akan berlanjutan sehingga September. Sdh tentu kita tdk mahu kemarau panjang atau hujan yg tiada hentinya. Kita mau cuaca yg cerah, dan sekali-sekala hujan, mungkin sekali seminggu... Sebab jika kemarau panjang, terasa panas & kering... kena2 lg ada manusia yg begitu 'baik hati' membakar hutan sehingga membahayakan rumah atau kebun2... Kalau hujan berpanjangan pula, banyak perkara/aktiviti tdk dpt dijalankan... ke sawah, menoreh getah, menjemur padi, jemur kain... semua tdk dpt dijalankan. Pergerakan juga begitu terhad. Jalan2 juga becak.

Bgmanapun, semua itu ketentuan Tuhan... hanya Dia yg maha mengetahui... biarlah terjadi segala sesuatu menurut kehendakNya, amen...

1 comment:

  1. Kalau air sungai sudah besar, sudah tentu ikan pun bertambah banyak. Maklumlah selepas aktiviti 'Magasak' ikan sedikit berkurangan tetapi akibat hujan turun banyak ikan dari hilir akan ke hulu. So boleh 'magasak' lagi lah kan...

    ReplyDelete